Apa Itu Cirit Birit?

Posted by admin

Sesiapa sahaja pasti pernah melalui diarea atau masalah cirit bitit. Keracunan makanan, tersalah makan ataupun alah dengan makanan mungkin antara punca berlakunya cirit birit.

Cirit birit atau diarea diistilahkan melalui kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang skingkat. Keadaan ini akan melibatkan kehilangan pergerakan usus. Biasanya ia berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari sahaja. Cirit-birit yang akut disebabkan sama ada cecair yang diserap dari usus tidak mencukupi atau usus merembeskan cecair terlalu banyak. Hasilnya, najis yang keluar terlalu cair berbanding dengan najis biasa. Dianggarkan berat najis biasa yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 100 hingga 150 gram sahaja. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.

Segarkah Sayur Anda

Posted by admin

Sayur yang disimpan di dalam peti ais dalam masa dua bulan akan hilang kesegarannya. Zat dan mineral yang ada padanya juga akan musnah.

Oleh itu, pastikan peti sejuk anda berada pada paras suhu yang sesuai untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayuran. Usah terlalu sejuk dan terlalu sederhana suhunya.

Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri

Posted by admin

Mengapa bahan pemutih yang menggunakan merkuri dianggap kurang baik kesannya pada wajah? Merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh mendatangkan kesan kepada wajah apabila menggunakannya terlalu lama. Lebih buruk lagi kesan ini tidak terlihat di wajah semata-mata, ia kadangkala memberi impak pada masalah dalaman lain seperti gangguan sistem saraf, seperti tremor, insomnia, gangguan penglihatan, gerakan tangan abnormal, gangguan emosi malahan membawa masalah kepada ginjal.

Hal ini terjadi kerana tindakbalas merkuri melalui penyerapan pada kulit yang seterusnya diserap melalui darah. Jadi sebelum membeli atau menggunakan krim pemutih, pastikan dahulu yang kandungan merkurinya masih lagi dalam jumlah yang terkawal dan dibenarkan.

Lebih baik lagi, elakkan sahaja krim-krim pemutih yang mengandungi merkuri.

Tip Bercukur Yang Selamat

Posted by admin

Jika anda memiliki janggut dan misai yang agak kasar, sebaiknya sapukan krim atau losyen pencukur terlebih dahulu sebelum bercukur.  Losyen atau krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria kerana ketika bercukur, terdapat luka-luka kecil pada liang rambut yang dicukur.  Bercukurlah mengikut arah rambut bukannya arah yang bertentangan.

Untuk pencukuran yang rapi pula, cukur semula pada arah yang bertentangan dan disudahi dengan mengikut arah rambut.  Jika kawasan yang dicukur mengalami luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian tersebut terlebih dahulu.

Dan jangan lupa untuk menggunakan losyen after-shave.  Pastikan juga anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa atas sebab kesihatan.

Awasi Barah Perut

Posted by admin

Barah perut ataupun juga dikenali sebagai barah gastrik, dari segi perubatan, boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut.  Ia boleh merebak keseluruh bahagian perut dan juga organ lain.

Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.  Ia juga boleh menjalar di sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas dan juga kolon.  Barah perut juga mampu mampu merebak ke organ jauh seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumor baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama.  Sebagai contoh, jika barah perut merebak ke hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.