Amalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari

Posted by admin

Minuman teh sering dijadikan minuman waktu sarapan dan petang.  Teh yang kita selalu minum itu sebenarnya diperkaya dengan vitamin B, C, E dan K serta mineral yang semestinya baik untuk sistem tubuh.

Vitamin B2 dalam teh adalah sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding yang terdapat dalam bijirin dan sayuran.  Dua uncang teh hijau mengandungi vitamin C yang sama dengan segelas besar jus.  Teh hijau dikatakan mempunyai aroma yang hebat dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu.

Selain itu, teh hijau mengandungi polyphenol iaitu sejumlah vtamin dan mengandungi pelbagai jenis mineral yang amat baik untuk kesihatan badan.  Pengambilan teh turut disifatkan boleh meningkatkan lagi tenaga pada tubuh seseorang dalam melawan penyakit dan meredakan panas badan.  Mungkin sebab itu juga menikmati teh lazimnya, memberikan satu kepuasan.

3 Responses to “Amalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari”

  1. faezah Says:

    saya hamil 6bln.bolehkah saya mengamalkan minum teh hijau

  2. Nozi Says:

    Salam,

    Saya nak tanya. Adakah ia menyebabkan badan kita rasa panas dan berpeluh.Saya baru mula minum teh hijau (teh Jasmine jenis Ahmad). Saya berpeluh dan rasa meruap. Saya juga tak pasti sama ada kesan teh atau tidak sebab tanya orang di sekeliling,keadaan tidaklah panas mana.

    Apa yang saya tahu, ia juga membakar kalori badan. Utk diet tu bagus sekali.

  3. nazatul sahida Says:

    adakah teh hijau baik untuk ibu mengandung

Leave a Reply