Atasi Rekahan Kulit Semasa Mengandung
Posted by adminTanda-tanda rekahan terjadi akibatnya kulit tegang kesan daripada pertambahan berat badan ibu secara mendadak semasa hamil. Rekahan ini akan bertambah banyak bila bayi yang ada di dalam kandungan terus membesar. Biasanya kulit-kulit merekah ini akan kelihatan apabila usia kehamilan memasuki bulan kelima. Wanita yang berisiko untuk mengalami kesan kulit merekah adalah wanita yang kurang elastik kulitnya.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Sapukan kulit dengan minyak zaitun, krim khusus atau minyak bayi setiap kali selesai mandi dan sewaktu hendak tidur. Perlu diingat, tidak ada krim atau minyak tertentu yang dapat menghilangkan tanda-tanda rekahan ini.
Ini kerana krim atau minyak hanya akan melembutkan kulit daripada luar namun tidak dapat mengubah kelenturan di bawah permukaan kulit. Seeloknya, sebelum menggunakan apa jua krim dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya iritasi pada kulit.
Selalunya selepas berlakunya rekahan kulit warna-warna kemerahan yang timbul akan pudar sedikit demi sedikit. Ia akan meninggalkan bekas berupa garis-garis berwarna keperakan. Keadaan ini akan dapat dilihat beberapa bulan setelah anda melahirkan bayi.


April 5th, 2011 at 1:16 pm
ikuti petua ini untuk atasi rekahan di perut…
April 5th, 2011 at 1:18 pm
ada tak produk yang betul menjamin tiada rekahan pada kulit terutama pada perut semasa mengandung? Adakan rekahan kulit ini dipengaruhi oleh faktor pemakanan saya?