03May
Bahaya Eklampsia Kepada Ibu Hamil
Posted by adminEklampsia merupakan salah satu gejala atau penyakit yang mempunyai kaitan dengan darah tinggi. Ia merupakan salah satu komplikasi yang sangat berbahaya akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal semasa mengandung.
Kira-kira 44 peratus eklampsia berlaku sejurus selepas bersalin, 38 peratus semasa mengandung dan 18 peratus berlaku semasa dalam proses bersalin. Sehingga kini, eklampsia dan hipertensi semasa hamil masih merupakan salah satu penyebab utama kematian ibu di Malaysia.

