Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri

Posted by admin

Mengapa bahan pemutih yang menggunakan merkuri dianggap kurang baik kesannya pada wajah? Merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh mendatangkan kesan kepada wajah apabila menggunakannya terlalu lama. Lebih buruk lagi kesan ini tidak terlihat di wajah semata-mata, ia kadangkala memberi impak pada masalah dalaman lain seperti gangguan sistem saraf, seperti tremor, insomnia, gangguan penglihatan, gerakan tangan abnormal, gangguan emosi malahan membawa masalah kepada ginjal.

Hal ini terjadi kerana tindakbalas merkuri melalui penyerapan pada kulit yang seterusnya diserap melalui darah. Jadi sebelum membeli atau menggunakan krim pemutih, pastikan dahulu yang kandungan merkurinya masih lagi dalam jumlah yang terkawal dan dibenarkan.

Lebih baik lagi, elakkan sahaja krim-krim pemutih yang mengandungi merkuri.

2 Responses to “Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri”

  1. miza Says:

    macamana nk tau produk tu ada merkuri?

  2. anaz Says:

    Adakah ini bermaksud merkuri digunakan sebagai agen pemutih kulit, yang mana semua produk pemutih sememangnya mengandungi bahan ini?

    Ada sesapa yang boleh rekemenkan produk pemutih yang selamat digunakan?

Leave a Reply