11May
Berbekam dan Kebaikannya
Posted by adminBekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Bekam dalam istilah Melayu beerti perlepasan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor dari badan. Amalan berbekam dikatakan berasal dari negeri China sejak 1500 tahun yang lalu. Walaupun sejarah bekam sudah beribu-ribu tahun, namun ianya masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia ini.
Terdapat 2 jenis bekam iaitu bekam angin dan bekam darah.
Kebaikan bekam angin
- Membantu membuang angin di dalam badan serta melegakan pernafasan dan perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Meredakan kesakitan kepala (pening atau migrain) dan tekanan darah tinggi.
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di bahagian kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
- Membantu memberi kelegaan urat saraf bagi wanita selepas bersalin.
Kebaikan bekam darah
- Membantu mengeluarkan darah kotor dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawha permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan.
- Menghilangkan berbagai macam penyakit.

