Bagi anda yang gemar memakan kerang, ada petua untuk membersihkannya. Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sampai hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan mendapati kulit kerang akan lebih bersih.
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur dengan air garam dan limau nipis. Biarkan selama lebih kurang lima belas minit. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapati cawan dan teko tersebut bebas daripada kesan karat yang disebabkan oleh teh atau kopi.
Selamat mencuba!
Peti sejuk jika tidak dijaga dengan baik akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Pelbagai bahan makanan disimpan di dalamnya seperti ikan, daging, sayur dan lain-lain lagi.
Untuk itu, bagi mengatasi masalah ini, masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari di dalamnya. Kemudian, gantikan dengan roti baru. Dengan cara ini, bau dalam peti sejuk anda dapat dikurangkan.
Selamat mencuba!
Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana tetamu datang secara mengejut. Dan anda terkial-kial hendak menyediakan air minuman. Cara ini boleh membantu.
Untuk mempercepatkan air mendidih, ambil air sejuk dan jerangkan. Masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air yang dijerang. Air yang telah dicampur dengan gula akan lebih cepat mendidih berbanding air biasa tanpa gula.
Selamat mencuba!
Jika menggoreng ayam yang banyak pastinya akan melekat di kuali dan menyebabkan ayam yang digoreng hancur. Petua ini boleh membantu.
Letakkan daun pisang di dalam kuali menggoreng. Hasilnya, ayam yang digoreng akan mudah diangkat dan tidak hancur.
Selamat mencuba!