Peti Sejuk Tidak Berbau

Posted by admin

Jika pelbagai makanan disimpan di dalam peti sejuk, masalah peti sejuk berbau pasti timbul. Cuba petua ini.

Ambil sedikit arang dan letakkan ke dalam bekas kecil dan simpankan di dalam peti sejuk anda. Pastikan anak-anak kecil tidak boleh mencapainya.

Selamat mencuba!

Hilangkan Lemak Ayam

Posted by admin

Mula-mula, basuh ayam dengan air bersih. Tos dan sapukan tepung gandum pada ayam tersebut dengan sedikit air. Selepas itu, bersihkan ayam tersebut seperti biasa.

Selamat mencuba!

Menghilangkan Bau Petai

Posted by admin

Petai sememangnya menjadi kesukaan ramai orang. Namun tidak semua orang tahan dengan baunya. Berikut adalah petua untuk menghilangkan bau petai.

Rendamkan buah petai terlebih dahulu ke dalam air basuhan beras. Biarkan selama setengah jam sebelum dihidang mentah sebagai ulam ataupun dimasak. Mudah bukan?

Selamat mencuba!

Harumkan Dapur Selepas Memasak

Posted by admin

Selalunya, bahagian dapur akan berbau kurang menyenangkan terutamanya selepas memasak atau menyiang ikan. Bagi mengharumkan semula dapur anda, cubalah petua ini.

Rebus beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian, semburkan atau lap air rebusan pada kabinet dapur dan juga sekitar dapur. Ianya berkesan bagi menghilangkan bau hanyir dan juga bau-bau lain yang kurang menyenangkan.

Selamat mencuba!

Masalah Nasi Mentah

Posted by admin

Walaupun memasak nasi adalah rutin yang biasa kita lakukan, ada masanya nasi yang ditanak tidak cukup masak. Cuba petua ini.

Isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

Selamat mencuba!