Ada masanya, anda mungkin tersilap membeli beras. Beras tersebut mungkin kurang sedap, berbau dan kurang enak. Petua ini akan membantu anda mengatasi masalah tersebut.
Setiap kali sebelum memasak nasi, gorenglah beras itu tanpa minyak dan rendamkan di dalam air selama beberapa minit. Kemudian, masaklah beras itu seperti biasa. Nasinya akan menjadi lembut dan sedap dimakan.
Selamat mencuba!
Anda boleh mencelupkan buah-buahan ini ke dalam air limau nipis. Hasilnya, warna lebam akan berubah menjadi segar semula. Selain itu, anda juga boleh celupkan buah-buahan tersebut ke dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, buah juga akan menjadi lebih manis.
Untuk mengelakkan tangan dan lidah terasa gatal semasa makan atau memasak sayur keladi, anda boleh mencuba petua ini.
Masukkan tiga atau empat keping hirisan buah pinang ke dalam masakan. Untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak selepas memotong keladi.
Selamat mencuba!
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian, rebuskan kembali telur itu sehingga masak. Hasilnya, telur rebus akan kelihatan lebih cantik.
Selamat mencuba!
Tidak semua kulit telur yang direbus dapat ditanggalkan kulitnya dengan cantik. Jika dicuba juga, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda mahukan telur berkenaan cantik dan tidak tertanggal isinya, anda boleh mencuba petua ini.
Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur sepreti biasa. Hasilnya, kulit telur amat mudah ditanggalkan.
Selamat mencuba!