
Setiap wanita maupun lelaki mengidamkan wajah yang putih dan bersih. Dan ada banyak produk-produk di pasaran yang boleh dan mudah diperolehi untuk mendapatkan hasil sebegini. Apa kata kita cuba menggunakan bahan asli untuk memutihkan wajah.
Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapati di mana-mana pasaraya. Apa yang anda perlukan hanyalah barli, jus limau nipis dan air masak.
Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur.
Seboleh-bolehnya, amalkan setiap selama seminggu untuk melihat hasilnya.
Mudahkan?
Selamat mencuba!
Mengapa bahan pemutih yang menggunakan merkuri dianggap kurang baik kesannya pada wajah? Merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh mendatangkan kesan kepada wajah apabila menggunakannya terlalu lama. Lebih buruk lagi kesan ini tidak terlihat di wajah semata-mata, ia kadangkala memberi impak pada masalah dalaman lain seperti gangguan sistem saraf, seperti tremor, insomnia, gangguan penglihatan, gerakan tangan abnormal, gangguan emosi malahan membawa masalah kepada ginjal.
Hal ini terjadi kerana tindakbalas merkuri melalui penyerapan pada kulit yang seterusnya diserap melalui darah. Jadi sebelum membeli atau menggunakan krim pemutih, pastikan dahulu yang kandungan merkurinya masih lagi dalam jumlah yang terkawal dan dibenarkan.
Lebih baik lagi, elakkan sahaja krim-krim pemutih yang mengandungi merkuri.
Usia belasan hingga 20an, sel-sel kulit mengalami penjanaan semual sekali dalam setiap 20 hari. Ketika usia 30 tahun ke atas, penjaan kulit menjadi lambat iaitu sekali dalam 28 hari. Itulah yang membuatkan kulit kelihatan kusam.
Produk kosmetik tidak selamanya dapat menutupi kulit kusam. Masalah kulit kusam perlu diatasi sebelum menggunakan produk kecantikan. Sel kulit mati harus dibersihkan selapis demi selapis dari permukaan kulit. Losyen atau exfoliation cream bukan saja menghilangkan sel kulit mati bahkan membersih dan merangsang penjanaan sel kulit agar kekal lembap dan tegang.
Read more…
Mendapatkan kulit muka yang putih sudah menjadi satu obsesi sehingga membuatkan ramai orang lupa diri. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat (Arndt and Fitzpatrik, 1965), krim pemutih mengandungi dua peratus dan lima peratus hidrokuinon yang boleh mendatangkan kecederaan pada kulit. Kajian yang dilakukan ke atas 56 orang responden wanita yang mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mendapati krim yang mengandungi hidrokuinon boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada 44 orang daripada 56 orang responden.
Bagaimanapun, pemakaian krim pemutih yang mengandungi hidrokuinon berlebihan (lebih daripada lima peratus) boleh menyebabkan kesan sampingan. Ia boleh menyebabkan kulit iritasi dan terasa sedikit terbakar. Lebih bahaya lagi jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri yang sebenarnya sudah lama dilarang penggunaannya itu memang menjadikan kulit nampak putih mulus. Tetapi lama-kelamaan akan mendap di bawah kulit. Setelah bertahun0tahun kulit akan menjadi biru kehitaman dan yang menakutkan lagi, ianya boleh menyebabkan kanser.
Read more…
Tahukah anda bahawa epal mampu menurunkan berat badan? Zat-zat fitokimia dalam epal berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolesterol tidak baik (low density lipoprotein) yang merupakan punca penyumbatan pembuluh darah. Zat tersebut akan mencegah sel-sel atau jaringan pembuluh darah rosak. Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan kolesterol baik (high density lipoprotein) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.
Jika anda mempunyai masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan memasukkan epal dalam menu harian anda. Ia juga dapat meredakan cirit birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunin dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.