Keguguran rambut terutama Androgenetik alopesia berlaku disebabkan oleh faktor keturunan. Ia paling kerap berlaku pada peringkat remaja iaitu dari lingkungan 20an atau 30an dan menjadi bertambah kerap menjelang pada usia 40an. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan kelihatan ketara pada bahagian tengah kepala, namun tidaklah sampai ke tahap botak.
Jenis-jenis keguguran rambut
Read more…
Pelbagai latihan yoga yang boleh anda lakukan untuk merehatkan bahagian muka. Antaranya, senaman yoga yang dipanggil The Great Rub.
Letakkan jari telunjuk dan jari tengah kedua-dua tangan di tengah-tengah dahi. Gosokkan dahi dengan membuat bulatan kecil dengan jari. Gerakkan jari di atas kening hingga ke pelipis, berhenti seketika dan urutlah bahagian tersebut. Kemudian turun ke bawah dari pelipis hingga ke rahang, dan urut seketika. Setelah itu, gerakkan jari melintasi pipi membawa ke hidung dan terus ke dahi.
Senaman ini boleh membantu menghilangkan stress terutamanya di pelipis dan rahang.
Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Begitu juga dengan permasalahan rambut berkenaan. Berikut adalah cara-cara pencegahannya.
- Rambut dengan masalah kelemumur
Tukar syampu yang anda biasa gunakan kepada syampu yang lebih sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Tetapkan hanya satu yang paling serasi dengan rambut anda. Elakkan juga syampu perapi anti dandruf khas untuk kelemumur jika tidak menampakkan hasilnya.
- Rambut berminyak
Rambut anda mudah berminyak terutama ketika menjalankan aktiviti luar. Elakkan memakai perapi selepas bersyampu. Malah penggunaan minyak rambut juga tidak perlu seandainya keadaan anda agak serius. Kerapkan bersyampu.
- Rambut kering dan bercabang
Untuk permulaan, potong bahagian rambut anda yang bercabang atau rosak. Kemudian rawatlah struktur rambut anda dengan rawatan double shinning thermal ataupun yang paling mudah sekali, rawatlah dengan dauh lidah buaya.
- Rambut beruban
Rambun yang beruban tidak hanya dimiliki mereka yang berumur tetapi juga disebabkan oleh faktor genetik lain. Lakukan proses mewarna rambut dengan warna yang sesuai.
- Botak
Elakkan menggunakan sebarang ubat tanpa nasihat dan kebenaran dari doktor. Hanya mereka yang pakar sahaja dapat menguji secara tepat keadaan kulit kepala anda.

Bagi mengekalkan wangian badan kekal untuk jangka masa yang panjang, langkah-langkah yang berikut boleh membantu anda menyesuaikan kesegaran wangian walaupun dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
- Semburkan pada bahagian leher dalam kuantiti yang sederhana. Semburkan sedikit di bahagian belakang telinga dan ratakannya menggunakan jari.
- Semburkan juga di bahagian siku, pergelangan tangan dan juga di belakang lutut bagi menambah wangian tubuh anda.
- Elakkan daripada menggosok wangian di kedua pergelangan tangan. Gosokkan itu sebenarnya menghilangkan aroma wangian di bahagian pergelangan tangan anda.
- Anda digalakkan menggunakan jenis wangian sama dalam pelbagai produk seperti sabun mandi, losyen badan dan deodoran bagi menambah aroma wangian yang dipakai.
Kawasan yang lembut di sekitar mata mengandungi kelenjar minyak yang sedikit berbanding muka yang lain. Dengan kelembapan yang kurang, garis yang timbul kerana senyuman, ketawa dan mengenyit mata akan lebih ketara. Terdapat pelbagai rawatan baik biasa maupun saintifik bagi mengatasi masalah ini. Terpulanglah kepada anda untuk memilih cara yang bersesuaian dengan anda.