Tips Untuk Sejukkan Kulit Wajah
Posted by adminCampurkan oats dengan air untuk membentuk pes. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Ini boleh membantu untuk mengurangkan bahang merah (sunburn) akibat pancaran matahari.
Selamat mencuba!
Campurkan oats dengan air untuk membentuk pes. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Ini boleh membantu untuk mengurangkan bahang merah (sunburn) akibat pancaran matahari.
Selamat mencuba!
Walaupun beg tangan hanya sekadar aksesori, namun pemilihan beg tangan ada juga seninya. Terutama bagi wanita yang sememangnya amat menjaga penampilan mereka. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan apabila hendak membeli beg tangan.
Sebahagian besar wanita mungkin mempunyai masalah pada kulit yang disebut selulit. Menurut Leo McCafferty, MD, seorang profesor operasi plastik di Universiti Pittsburg, selulit dapat tumbuh sendiri pada mereka yang muda, orang gemuk dan bahkan orang yang sangat kurus sekalipun.
Selulit terbentuk ketika ada masalah sirkulasi dalam tubuh. Ketika selulit muncul, ianya menandakan sistem kelenjar dan pembersih tubuh tidak dapat melakukan tugasnya dengan efektif. Hanya pembedahan yang dapat dilakukan untuk menghilangkan selulit secara menyeluruh. Namun begitu aktiviti olahraga, senaman dan mengawal berat badan dapat menghindar daripada masalah ini.
Ambil kentang dan kupas kulitnya. Bersihkan kentang yang telah dikupas. Hiris nipis-nipis kentang tersebut dan kemudia letakkan di seluruh muka. Biarkan seketika sebelum muka dibersihkan.
Di samping dapat mengatasi kulit berminyak, ianya juga dapat mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Ianya juga berkesan dalam menghilangkan bengkak di sekitar mata.
Selamat mencuba!
Kuku mampu menambahkan keyakinan seseorang dalam penampilannya. Penjagaan kuku ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Anda bukan sahaja akan mendapat kuku yang cantik dan tidak mengganggu bajet perbelanjaan anda. Ikuti tips berikut agar kuku anda tetap sihat.
Cara Pertama
Gunakan berus gigi yang disapu dengan ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih (tooth whitening) untuk memberus kuku secara perlahan-lahan. Setelah itu, biarkan ubat gigi melekat pada kuku selama 10-15 minit. Setelah itu, bilas dan keringkan dengan tuala. Anda boleh melakukannya beberapa kali dalam sebulan.
Cara Kedua
Jika anda tidak dapat melakukan cara yang pertama, mungkin anda boleh mencuba cara ini. Ambil sebiji lemon dan campurkan dengan air suam. Rendamkan kuku selama 15 minit. Setelah itu, gosok kuku anda dengan lemon tersebut. Bilas dengan air dan keringkan. Namun anda kena ingat. Cara ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Jika terlalu kerap, kuku anda akan menjadi nipis. Memadailah sekira dilakukan seminggu sekali.