Tip Bercukur Yang Selamat

Posted by admin

Jika anda memiliki janggut dan misai yang agak kasar, sebaiknya sapukan krim atau losyen pencukur terlebih dahulu sebelum bercukur.  Losyen atau krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria kerana ketika bercukur, terdapat luka-luka kecil pada liang rambut yang dicukur.  Bercukurlah mengikut arah rambut bukannya arah yang bertentangan.

Untuk pencukuran yang rapi pula, cukur semula pada arah yang bertentangan dan disudahi dengan mengikut arah rambut.  Jika kawasan yang dicukur mengalami luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian tersebut terlebih dahulu.

Dan jangan lupa untuk menggunakan losyen after-shave.  Pastikan juga anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa atas sebab kesihatan.

Awasi Barah Perut

Posted by admin

Barah perut ataupun juga dikenali sebagai barah gastrik, dari segi perubatan, boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut.  Ia boleh merebak keseluruh bahagian perut dan juga organ lain.

Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.  Ia juga boleh menjalar di sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas dan juga kolon.  Barah perut juga mampu mampu merebak ke organ jauh seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumor baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama.  Sebagai contoh, jika barah perut merebak ke hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Minum Kopi Sebelum Bersenam

Posted by admin

Pelik tapi benar.  Mungkin ini kedengaran pelik tetapi baik untuk anda cuba.  Sesekali sebelum memulakan senaman, apa kata jika anda cuba minum secawan kopi.

Kandungan kafein di dalam kopi akan menjadi wake-up call yang istimewa buat otak anda.  Ia membantu anda untuk mengekalkan tahap kecergasan anda lebih lama dari 30 minit.

Selain itu ia juga membantu tubuh membakar lemak terlebih dahulu dari karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga bagi aktiviti kecergasan tersebut.

Jadi, apa kata anda cuba?

Gila Kacang

Posted by admin

Anda gila makan kacang?  Tak mengapa.  Jadilah penggemar makanan dari sumber kekacang.  Ini kerana kekacang sebenarnya baik untuk kesihatan.  Jika anda makan sekurang-kurangnya segenggam kacang setiap hari, ianya boleh membantu mengurangkan kadar kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.

Namun, pastikan kekacang yang anda pilih bukanlah yang digoreng dengan minyak yang berlebihan dan juga tidak mengandungi garam.

Khasiat Bawang Putih

Posted by admin

Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim.  Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser.  Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.