Pemakanan Betul Boleh Atasi Masalah Jantung

Posted by admin

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia masa kini.  Akan tetapi, penyakit ini boleh dicegah sekiranya mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok, pengambil pemakanan seimbang serta sentiasa bersenam.

Selain aktiviti bersenam, pemeriksaan tekanan darah serta mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol dapat mengurangkan risiko penyakit ini.  Ianya juga merupakan salah satu cara untuk mereka menghindar daripada mengalami lumpuh atau penyakit lain yang berkaitan dengan jantung.  Selain itu, pemakanan seimbang juga boleh membantu mencegah penyakit kencing manis.  Kencing manis adalah keadaan gula di dalam darah melebihi paras normal.  Perkara ini akan menyebabkan masalah dan kerosakan kepada saraf saluran darah kecil yang pada jangka waktu lamanya akan menyebabkan kerosakan tertentu seperti buah pinggang, mata dan jantung.
Read more…

Warna Pengaruhi Penampilan Lelaki

Posted by admin

Lelaki yang kerap mengenakan pakaian berwarna coklat dipercayai seorang yang baik hati dan boleh dipercayai. Bagi mereka yang gemar pakaian berwarna biru pula tergolong dalam kumpulan orang yang serius dan intelektual. Manakala mereka yang gemar dengan warna hijau pula adalah gambaran lelaki yang sentiasa dahagakan penampilan dan belas kasihan.

Mari Ketawa!

Posted by admin

Ketawa merupakan satu bentuk ekspresi diri yang paling menyenangkan.  Dan sekaligus merupakan salah satu misteri universal.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa ketawa banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.  Melalui ketawa, anda dapat melepaskan emosi dan ketegangan yang dialami.  Emosi yang terpendam dalam diri seperti marah, takut, sedih, tertekan atau bosan harus disalurkan keluar daripada tubuh badan dan ini boleh dilakukan dengan ketawa.

Read more…

Rawatan Untuk Kedutan di Mata

Posted by admin

Kawasan yang lembut di sekitar mata mengandungi kelenjar minyak yang sedikit berbanding muka yang lain. Dengan kelembapan yang kurang, garis yang timbul kerana senyuman, ketawa dan mengenyit mata akan lebih ketara. Terdapat pelbagai rawatan baik biasa maupun saintifik bagi mengatasi masalah ini. Terpulanglah kepada anda untuk memilih cara yang bersesuaian dengan anda.

Read more…

Info Tumbuhan – Cili Padi

Posted by admin

Cili padi atau nama saintifiknya Capiscum frutescens L adalah salah satu jenis cili yang paling pedas. Cili padi terbukti membantu merawat tekanan darah tinggi dan kelainan pencernaan dan menjadi pembersih bagi sistem pencernaan. Cili atau cabai ini juga mengandungi hermostat iaitu zat yang boleh menghentikan aliran darah ketika luka dan juga bertindak sebagai antiseptik.