Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe mempunyai khasiat yang pelbagai. Jus halia biasanya digunakan untuk merawat flu dan demam selsema. Ia selamat untuk digunakan ke atas kanak-kanak walaupun dimakan dalam jumlah banyak.
Ia juga boleh mencegah rasa mual, mabuk, migrain, batuk, demam, jangkitan virus, kembung dan kejang perut. Namun demikian, kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan makan halia boleh membuat kepadatan jantung lebih kuat. Ianya juga boleh menurunkan denyut jantung dan tekanan darah dari 10 hingga 15 mm Hg. Manakala, kajian di India pula mendapati halia boleh membuang lemak baik dalam darah ataupun hati.
Betik merupakan buah-buahan daripada spesies Carica Papaya dan berasal daripada keluarga caricaceace. Selain kaya dengan vitamin C, buah betik yang masak berkesan merawat hemoroid atau penyakit buasir dan sembelit. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L. boleh membantu menyembuhkan sembelit, asma, masalah gigi, insomnia dan tekanan darah tinggi. Ianya juga boleh membantu memperbaiki penampilan rambut dan kuku, penglihatan, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L. telah lama digunakan sebagai antiseptik sepanjang Perang Dunia 1 untuk mencegah jangkitan dan membantu merawat luka. Jus bawang putih digunkan di rumah sebagai merawat asma, batuk, serak dan kelainan paru-paru.
Dalam Super Anti-Oxidants, penulis Dr. James Balch menyebut bawang putih sebagai salah satu sumber antioksida. Ia mengatakan bahawa bawang putih boleh menurunkan tekanan darah, meningkatkan sistem kekebalan, menyeimbangkan gula darah, mencegah penyakit jantung, membantu metabolisme lemak dan mencegah kanser.
Labu atau nama saintifiknya Momordica Charantia L. juga dikenali dengan nama fukwa di China. Manakala di India ianya dikenali sebagai karela, nigai uri di Jepun, bitter melon di AS dan ampalaya di Filipina.
Buah labu mempunyai pelbagai khasiat. Ianya boleh mencegah penyakit diabetes, kolesterol tinggi, sembelit, hipertensi, masalah hati dan juga hempedu. Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati labu sebenarnya boleh meningkatkan produksi sel beta oleh pankreas dan meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan insulin.