Fresh Garden Salad

Posted by admin

Bahan-bahan
40gm lettuce
30gm tomato yang dipotong ala wedges
30gm timun
10gm hirisan bawang
30gm lada benggala (capsicum)
10gm daun parsli
50gm sos Thousand Island

Cara Penyediaan

  1. Rendam salad ke dalam air.
  2. Bubuh sedikit ais untuk menjadikan salad rangup.
  3. Untuk hidangan, tosakan salad tadi ke dalam mangkuk.  Tuangkan sos dan kacau sehingga sebati.
  4. Hiaskan dengan daun parsli.

Info Kesihatan
Daun salad merupakan penawar kepada masalah insomnia.  Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink.

Sup Tomato

Posted by admin

Bahan-Bahan
200gm tomato segar
50gm daun basil
30ml minyak zaitun
50gm bawang merah yang dicincang
50gm bawang putih yang dicincang
50gm stok ayam
sedikit perasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus tomato dengan air panas sehingga lembut, kemudian dicincang sehingga menjadi halus.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun basil.
  3. Masukkan tomtao yang telah dicincang tadi dan tumis selama 5 minit.
  4. Kisar bahan yang telah ditumis tadi sehingga menjadi halus.
  5. Tambah stok ayam dan masukkan perasa.

Info Kesihatan Read more…

Papaya Dessert

Posted by admin

Bahan-bahan
3 1/2 sudu besar serbuk peppermint
4-8 sudu besar yogurt
2 potong buah betik (buang bijinya dan dipotong dadu)

Cara Membuatnya
Kacau serbuk peppermint bersama dengan yogurt. Masukkan potongan betik kedalam mangkuk kecil. Tuangkan campuran serbuk peppermint dan yogurt tadi ke dalam mangkuk yang berisi potongan betik. Buah betik mempunyai pelbagai khasiat. Antara yang paling utama adalah mengatasi masalah sembelit ataupun buang air berdarah.

Selamat mencuba!

Banana Shake

Posted by admin

Bahan-bahan
2 cawan susu segar
1 sudu besar serbuk yis
1/2 biji pisang
2 sudu besar madu

Cara Membuatnya
Kisar semua bahan dan sedia dihidang. Resepi ini baik untuk perut anda. Bagi mereka yang ingin melakukan detox, resepi ini sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!

Telur Dadar Oat Dengan Sosej

Posted by admin

Bahan-bahan
2 biji telur
8 ml krim segar
100 gm sosej
20 gm bijirin oat
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih secukup rasa dan jika perlu

Cara Membuatnya
Rebus sosej terlebih dahulu. Kemudian tos dan ketepikan. Seterusnya, campurkan telur dan krim segar bersama-sama lalu dipukul hingga kembang. Masukkan oat dan sedikit garam ke dalamnya. Masak adunan di dalam kuali yang tidak melekat. Hidangkan panas bersama sosej.

Info Kesihatan
Telur sememangnya tinggi kadar kolesterolnya. Namun, pengambilan sederhana tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah atau jantung. Kuning telur adalah sumber utama antioksidan. Di samping itu zat warna kuning yang terdapat pada kuning telur dapat mencegah penyakit katarak dan baik untuk pertumbuhan otak.