Oat Dengan Pisang

Posted by admin

Bahan-bahan
40 gm bijirin oat
20 ml susu
25 gm pisang montel (potong dadu)
10 gm bijirin koko
10 gm bijirin gandum berserat tinggi
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Rebus susu sehingga mendidih. Perlahankan api, kemudian campurkan bijirin oat bersama gula. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang. Kacau ia hingga sebati. Setelah masak, sajikan dengan bijirin koko serta gandum.

Info Kesihatan
Pisang memang kaya dengan kandungan zat gula iaitu karbohidrat berbanding buah-buahan lain. Pisang menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh. Pisang juga sesuai dimakan ketika berdiet kerana ia mengurangkan rasa lapar. Pisang juga kaya dengan zat besi dan baik untuk pesakit anemia bagi proses terapi nutrisi.

Jem Nanas

Posted by admin

Bahan-bahan
250gm nanas yang diparut
130gm gula
1kg gula pasir
1 atau 2 inci kayu manis
Sedikit garam
Sedikit esen nanas
Sedikit gula batu

Cara membuatnya
Gaul semua bahan sehingga rata dan kemudian masak di atas api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan sehinggalah ia menjadi pekat dan likat.

Info Kesihatan
Nanas mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dalam maupun luaran. Ianya membantu menguatkan tulang, memperbaiki pencernaan, membuat sistem pertahanan tubuh menjadi lebih mantap, menghilangkan gejala flu serta menurunkan risiko terkena penyakit jantung dan kanser. Nanas juga bertindak sebagai ubat pelangsing semulajadi jika diamalkan meminum jus nanas setiap hari.

Jus Jambu Batu

Posted by admin

Bahan-bahan
750g jambu batu yang telah dibuang biji dan dipotong dadu
25ml air perahan lemon
150g gula pasir
250ml air
100g air batu

Cara membuatnya
Kisar kesemuanya hingga halus. Kemudian, tuangkan ke dalam gelas. Enakkan lagi dengan hirisan kelapa laut.

Info Kesihatan
Sebaiknya amalkan meminum jus jambu batu setiap hari terutamanya ketika bersarapan. Ini adalah jambu batu mempunyai nilai zat yang tinggi dan baik untuk badan. Jambu batu mengandungi “anti-microbial”, pelembap dan anti bau. Bahan-bahan aktif ini amat berguna kepada kulit wajah dan tinggi nilainya dalam produk kosmetik berasaskan tumbuhan semulajadi.