Hati-hati Dengan Krim Pemutih
Posted by adminMendapatkan kulit muka yang putih sudah menjadi satu obsesi sehingga membuatkan ramai orang lupa diri. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat (Arndt and Fitzpatrik, 1965), krim pemutih mengandungi dua peratus dan lima peratus hidrokuinon yang boleh mendatangkan kecederaan pada kulit. Kajian yang dilakukan ke atas 56 orang responden wanita yang mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mendapati krim yang mengandungi hidrokuinon boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada 44 orang daripada 56 orang responden.
Bagaimanapun, pemakaian krim pemutih yang mengandungi hidrokuinon berlebihan (lebih daripada lima peratus) boleh menyebabkan kesan sampingan. Ia boleh menyebabkan kulit iritasi dan terasa sedikit terbakar. Lebih bahaya lagi jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri yang sebenarnya sudah lama dilarang penggunaannya itu memang menjadikan kulit nampak putih mulus. Tetapi lama-kelamaan akan mendap di bawah kulit. Setelah bertahun0tahun kulit akan menjadi biru kehitaman dan yang menakutkan lagi, ianya boleh menyebabkan kanser.
Oleh itu, berhati-hati apabila anda memilih krim pemutih. Pastikan produk yang anda gunakan tidak mengandungi merkuri dan juga bahan-bahan lain yang boleh merosakkan kulit anda.


April 30th, 2010 at 12:18 am
Hai. I nak share sikit pasal kecantikan. Teknik yg bakal I syorkan tak ada kena mengena dengan penggunaan bio-chemical atau kimia yg ada risiko kerosakan. Teknik I semuanya berunsurkan penjagaan kecantikan dengan menitikberatkan kesihatan dalaman sebaik mungkin. Agar penampilan luaran tampil segar dan pesona. Jemput ke:
Petua Kecantikan Kulit
Thanks ya!
March 30th, 2011 at 9:07 am
salam, saya cadangkan agar author membuat satu artikel tentang tips2 memilih produk kecantikan wajah, tidak hanya khusus pada krim pemutih. Ramai wanita yang mempunyai kulit muka bermasalah,contohnya saya sendiri, memiliki wajah cerah(kemerahan sikit) tapi minyak berlebihan dan berjerawat. pernah tersalah beli satu produk sehingga menyebabkan radang kulit. saya menderita hampir 3 bulan akibat terburu2 memilih produk rawatan kulit wajah. masalah jerawat saya ini timbul sejak hampir 8 tahun, dan masih belum sembuh. harapnya dapat mempertimbangkan cadangan saya ini..wassalam..