Info Buah Tempatan – Mangga

Posted by admin

Mangga adalah salah satu dari buah-buahan tempatan yang paling digemari di pasaran.  Buah ini paling digemari golongan wanita khususnya yang sedang mengandung.  Rasa masam manisnya sememangnya sedap.  Mangga atau nama saintifiknya Mangifera Indica ini mempunyai variasi jenis di mana rasa dan saiznya juga adalah berbeza.

Mangga sering dijadikan jus dan digunakan sebagai agen penghilang dahaga.  Buah mangga boleh mengatasi  masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.  Buah mangga kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan vitamin C.

Leave a Reply