Info Buah Tempatan – Manggis
Posted by adminManggis merupakan buah yang mempunyai warna yang berbeza dari kebanyakan buah-buahan tempatan. Saiznya yang comel dan warna ungunya sangat unik hinggakan ianya digelar queen of fruits.
Buah manggis membantu menyejukkan badan malah amat baik dalam mengurangkan panas badan disebabkan pengambilan buah durian yang berlebihan. Buah manggis boleh dinikmati segar malah isinya juga turut diproses menjadi jem dan juga jus. Manggus juga mengandungi xanthone iaitu sejenis anti-oksidan yang membantu mengekalkan kesihatan sistem imunisasi tubuh.
Namun, anda harus berhati-hati kerana jika anda mengambilnya secara berlebihan, anda mungkin terdedah kepada risiko diserang sakit tekak.


September 4th, 2010 at 6:13 pm
salam,
apa yg saya faham kebaikan manggis ialah pada kulitnya (betul ke?),
jadi, bagaimana kita nak menikmati manggis (di rumah, bukan beli jus manggis) di samping mendapat khasiatnya sekali. makan kulit2nya rasa susahlah pulak..