Info Buah Tempatan – Tembikai
Posted by adminBuah tembikai adalah antara buahan tempatan yang boleh didapati dengan mudah. Buah tembikai yang kaya dengan kandungan air dan ianya paling enak dinikmati sebagai jus.
Buah tembikai juga istimewa kerana ia mengandungi lycopene, iaitu sejenis pigmen berwarna merah (sebahagian daripada karotenoid). Ia tidak didapati dalam buah-buahan lain malah tidak boleh dihasilkan dengan apa jua kaedah saintifik. Lycopene ini kaya dengan anti-oksidan yang baik untuk tubuh.
Apabila anda ingin memilih buah tembikai, pastikan anda memilih berdasarkan beratnya bukan saiznya. Ini kerana buah tembikai yang baik mempunyai kadar 92 peratus air di dalamnya. Jika anda ingin menyimpan bakinya selepas dipotong, pastikan ia dibalut dengan plastik kedap udara bagi mengelakkan isinya menjadi rosak di samping mengekalkan kesegarannya.


May 16th, 2008 at 4:09 pm
So dalam erti kata lain, makan buah tembikai ni boleh jadi awet muda sebab dia ada anti-oksidan. Thank you for the info.
May 16th, 2008 at 4:52 pm
Ya betullll….! Heehhee, no prob:)