Kaitan Testosteron Dengan Peningkatan Usia
Posted by adminIni adalah sambungan kepada pos sebelum ini, iaitu Apa Itu Testosteron? Anda boleh membacanya di sini.
Suatu fakta yang harus anda ketahui iaitu kenaikan usia seseorang akan memberi impak besar pada penurunan kualiti testosteron. Apabila lelaki meningkat usia, keupayaan untuk menghasilkan testosteron semakin menurun. Kajian menunjukkan tahap hormon ini meningkat kepada paras maksima apabila seseorang berusia 25 tahun dan selepas itu menurun pada kadar 2% setiap tahun selepas usia 30 tahun. Pengurangan dalam penghasilan testosteron ini kadang-kadang dirujuk sebagai andropaus atau menopaus lelaki.
Jika tahap testosteron tergolong di bawah daripada julat biasa, beberapa gejala biasa mungkin termasuk keinginan seks yang rendah, mati pucuk, cepat marah yang meningkat atau kemurungan mungkin berlaku. Bukan itu sahaja, malah kekurangan pengeluaran hormon ini akan meningkatkan kelesuan jisim dan kekuatan otot juga semakin berkurangan. Otot-otot akan menjadi kurang daya serta risiko osteoporosis dan ketumpatan tulang juga menjadi tidak padu.

