Kari Boleh Sekat Sel Kanser
Posted by adminPara penyelidik di Amerika Syarikat mendapati kari dapat mencegah barah prostat kerana ia mengandungi bahan kimia yang penting untuk melawan barah. Pada tahun 2005, kajian di Universiti Texas mendapati kari menghalang pertumbuhan sel barah kulit dan barah payu dara. Manakala Universiti California di Los Angeles pula mendapati kari menghentikan penyebaran plak otak menyakitkan di kalangan pesakit Alzheimer’s.
Menurut laporan tersebut, bahan yang membuatkan kari berwarna kuning dapat membantu mencegah barah kulit. Bahan yang dipanggil “curcumin” yang ditemui dalam serbuk kari, mengganggu sel melanoma yang menjadi penyebab barah. Ujian di makmal makanan menunjukkan “curcumin” membuatkan sel barah kulit melanoma lebih berkemungkinan untuk memusnahkan selnya sendiri dalam proses yang dikenali sebagai “apoptosis”.


May 30th, 2008 at 8:08 pm
Nampaknya kena selalu makan kari lah ye… :=) Bagi keluarga saya itu tak jadi masalah kerana kari merupakan hidangan yang paling digemari..
May 30th, 2008 at 9:27 pm
Hehehe… rakyat Malaysia memang suka mkn kari. Saya pun salah seorang dari peminat kari juge