Keguguran Rambut dan Jenis-jenisnya
Posted by adminKeguguran rambut terutama Androgenetik alopesia berlaku disebabkan oleh faktor keturunan. Ia paling kerap berlaku pada peringkat remaja iaitu dari lingkungan 20an atau 30an dan menjadi bertambah kerap menjelang pada usia 40an. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan kelihatan ketara pada bahagian tengah kepala, namun tidaklah sampai ke tahap botak.
Jenis-jenis keguguran rambut
Androgenetik Alopesia
Paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah sati bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Penyebab keguguran rambut jenis ini adalah melalui kombinasi tiga faktor iaitu:
- testeron (hormon lelaki)
- usia – selepas seseorang berusia lebih 20 tahun
- keturunan – biasanya berlaku lebih kerap di kalangan lelaki berbanding wanita
Alopesia Areata
Merupakan masalah keguguran rambut pada satu kawasan sahaja. Puncanya tidak pula diketahui secara terperinci. Bagaimanapun, prognosisnya agak baik tanpa rawatan. Sesetengah kes adakalanya akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
Telogen Effluvium
Berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Anda boleh juga merujuk kepada pos ini, Masalah Rambut Dan Cara Pencegahannya.


October 20th, 2009 at 12:16 pm
saya pun mengalami keguguran rambut.adakah mungkin disebabkan shampoo
July 23rd, 2010 at 11:46 am
keguguran rambut sehari 60helai-cara menjegah
-saya ada kelemumur.
October 19th, 2010 at 6:28 am
Assalamualaikum…
Bagi mengatasi keguguran rambut, kesihatan dalam perlu dijaga dgn betul. Ini kerana rambut memerlukan sel2 baru untuk terus hidup dan tumbuh. Keguguran kemungkinan ada kena mengena dgn kerosakan dari dalam. Tp jgn risau sebab saya akan membawa kamu kpada sebuah web page yg akan memberikan panduan sebaik mungkin dlm penjagaan rambut. Ia meliputi penjagaan kesihatan luar dan dalam – menolong akar dan folikel rambut mendapat nutrisi sebaiknya:
Mengatasi keguguran rambut
Semoga info ini dapat membantu kalian serba-sedikit. Tq.