Kekalkan Tubuh Sihat Dengan Protein Ikan

Posted by admin

Statistik menunjukkan sehingga tahun 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan dijangka meningkat 56 peratus menjelang 2010.  Ikan membekalkan di antara 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia.

Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung.  Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi.

Kandungan protein dalam isi ikan berbeza mengikut corak pemakanan, jantina, umur, kandungan lemak dan air di persekitaran.  Ikan yang kurang berlemak mengandungi protein lebih tinggi berbanding ikan berlemak dan ia menyimpan lemak di dalam hati.  Ikan siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang berlemak.  Ikan yang berlemak pula ialah ikan yang menyimpan lemak dalam tisu badan yang lain.   Ikan pelagik seperti kembung, cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning adalah antara jenis ikan berlemak.

Dan seterusnya …

Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral.  Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah.  Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasaskan ikan.

Pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser.  Selain daripada itu, ianya juga menggalakan perkembangan otak bayi.

2 Responses to “Kekalkan Tubuh Sihat Dengan Protein Ikan”

  1. sihat itu nikmat Says:

    Ikan ni satu je, tak kena inject. Kalau ayam memang kena inject. Bayangkan 40 hari aje dah besar.

  2. admin Says:

    Ya betulll… sebab tu sekarang everytime ada kawan-kawan ajak makan KFC, saya fikir puluh2 kali :) Ayam tu dah berlemak, tambah pulak digoreng dengan minyak, maka berminyak-minyak lah ayam tu :)

Leave a Reply