06Jun
Kepentingan Buah Pinggang Dalam Kesihatan
Posted by adminBuah pinggang seperti juga organ-organ badan kita yang lain, mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan kita. Antara kepentingan buah pinggang adalah:
- Mengimbangi kandungan cecair dalam badan. Cecair badan yang berlebihan yang terkandung dalam darah dikeluarkan semasa proses pembuangan air kecil.
- Mengatur kandungan mineral dalam badan seperti natrium, kalsium, kalium dan juga fosforus.
- Mengasingkan benda/bahan buangan daripada badan. Bahan buangan ini datang dari makanan yang diambil dan aktiviti seharian.
- Mengasingkan dadah dan bahan toksik yang terdapat dalam tubuh.
- Membebaskan hormon ke dalam darah untuk mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan juga memastikan kekuatan tulang.

