Kepentingan Pemeriksaan Mata
Posted by adminSetiap orang pelu menjalani pemeriksaan mata dan kekerapannya bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan taraf kesihatan. Pemeriksaan mata secara berjadual membolehkan pakar membetulkan masalah pandangan anda.
Jika sekarang ini anda memakai kaca mata, lebih baik jalani pemeriksaan pada setiap tahun. Mereka yang mengalami masalah kesihatan atau ada ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, pernah mengalami masalah penglihatan, kecederaan mata dan dilahirkan tidak cukup bulan, dinasihatkan menjalani pemeriksaan mata lebih kerap kerana anda dikelaskan dalam kumpulan berisiko tinggi.
Ada tiga kumpulan boleh membantu anda iaitu pakar oftalmologi, optometri dan pakar optik. Oftalmologi adalah doktor perubatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan mata menyeluruh, termasuk membuat pemeriksaan mata lengkap, pengkhususan dalam diagnosis dan rawatan penyakit mata serta melakukan pembedahan. Manakala optometri dan pakar optik boleh membantu anda mengetahui masalah penglihatan, menawarkan kaedah mengatasinya seperti kaca mata dan kanta lekap.
Pemeriksaan mata yang lengkap merangkumi beberapa siri ujian untuk mengetahui kadar penglihatan dan penyakit mata.


April 17th, 2011 at 9:15 am
hye,anis kt sini nk tanye..kenapa mata anis terdapat urat-urat merah yang kelihatan banyak?? dan mata anis kelihatan ada warna coklat dan warna kebiruan sedikit di keliling mata hitam..?