Kepentingan Serat Untuk Tubuh
Posted by adminJadikan pengambilan serat satu kemestian dalam diet harian anda. Serat amat penting kerana ia dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan gula dalam darah dan seterusnya membantu proses penghadaman berjalan lancar. Secara purata, rakyat Malaysia mengambil kurang dari 12 gram serat sehari sedangkan jumlah yang sepatutnya diambil adalah sekitar 20 hingga 35 gram sehari.
Dan seterusnya …
Kajian menunjukkan makanan seperti buah epal, barli, kekacang, bijirin seperti oat, gandum dan beras perang amat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Makan yang tinggi serat juga akan dicerna dengan sempurna secara perlahan-lahan, ia akan membantu mengurangkan kadar serapan gula dalam darah. Makanan tinggi serat juga akan memberikan rasa kenyang yang lama dan ini memudahkan mereka yang ingin berdiet.

