24May
Masalah Rambut Dan Cara Pencegahannya
Posted by admin
Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Begitu juga dengan permasalahan rambut berkenaan. Berikut adalah cara-cara pencegahannya.
- Rambut dengan masalah kelemumur
Tukar syampu yang anda biasa gunakan kepada syampu yang lebih sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Tetapkan hanya satu yang paling serasi dengan rambut anda. Elakkan juga syampu perapi anti dandruf khas untuk kelemumur jika tidak menampakkan hasilnya.
- Rambut berminyak
Rambut anda mudah berminyak terutama ketika menjalankan aktiviti luar. Elakkan memakai perapi selepas bersyampu. Malah penggunaan minyak rambut juga tidak perlu seandainya keadaan anda agak serius. Kerapkan bersyampu.
- Rambut kering dan bercabang
Untuk permulaan, potong bahagian rambut anda yang bercabang atau rosak. Kemudian rawatlah struktur rambut anda dengan rawatan double shinning thermal ataupun yang paling mudah sekali, rawatlah dengan dauh lidah buaya.
- Rambut beruban
Rambun yang beruban tidak hanya dimiliki mereka yang berumur tetapi juga disebabkan oleh faktor genetik lain. Lakukan proses mewarna rambut dengan warna yang sesuai.
- Botak
Elakkan menggunakan sebarang ubat tanpa nasihat dan kebenaran dari doktor. Hanya mereka yang pakar sahaja dapat menguji secara tepat keadaan kulit kepala anda.


May 29th, 2008 at 5:34 pm
[...] Telogen Effluvium Berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan tanpa memerlukan sebarang rawatan. Anda boleh juga merujuk kepada pos ini, Masalah Rambut Dan Cara Pencegahannya. [...]