Organ Rosak Apabila Kurang Pengambilan Air

Posted by admin

Sikap tidak suka meminum air boleh membawa kesan buruk untuk tubuh kita dalam jangka panjang. Ini kerana tabiat ini menyeksa organ penting tubuh badan kita terutamanya buah pinggang. Buah pinggang berfungsi sebagai penapis bahan-bahan toksik yang terdapat di dalam badan kita melalui air yang kita minum.

Di samping itu, hipovolemik juga boleh berlaku. Hipovolemik iaitu satu situasi yang terjadi apabila jumlah darah yang dipamkan ke organ badan berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang diperlukan oleh organ dan tisu badan tidak mencukupi. Jika tidak diatasi segera, Hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit. Otak bengkak juga boleh berlaku.

Berikut adalah tanda-tanda anda kekurangan air:

  • Cepat letih
  • Terlalu dahaga
  • Mulut kering
  • Mengantuk
  • Air kencing sedikit dan pekat
  • Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
  • Lemah otot
  • Sakit kepala dan pening

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda tersebut, maka segeralah meminum air.

3 Responses to “Organ Rosak Apabila Kurang Pengambilan Air”

  1. maiza Says:

    “Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis”- Eh betul ke perkara yang ni boleh berlaku?

  2. admin Says:

    Betul. Benda ini pun boleh terjadi. Kerana sumber air mata pun daripada air yang kita minum. Tapi rasanya benda ni jadi kalau dah sampai ke tahap tak minum air langsung kot. Hahaha… takpe, nanti saya carik fakta dia dan letakkan dekat sini.

    Thanks :) Soalan menarik sebenarnya tu.

  3. hanie Says:

    kesimpulannye…minum la air sebnyk mungkin,,,,,,,,,

Leave a Reply