|
Lawan web yang mengumpulkan tips dan petua sebagai rujukan dan panduan.
|
|
Minuman teh hijau sudah menjadi minuman kegemaran para pengamal diet. Kajian menunjukkan bahawa dengan 5 cawan teh hijau sehari, metabolisme akan meningkat sehingga 5 peratus. Sebatian yang terdapat di dalam teh dapat mempercepatkan pembakaran lemak. Bagaimanapun, elakkan minuman ini di waktu malam. Ini kerana ia masih mengandungi kafein walaupun tidak sebanyak kopi. Tahukan anda bahawa buah-buahan seumpama bahan bakar bagi otak? Pengambilan buah-buahan yang kerap ternyata dapat memberikan impak positif kepada otak anda. Ini kerana setiap buah-buahan mengandungi lebih dari satu jenis vitamin yang baik untuk membantu mempertingkatkan kecerdasan otak. Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali maklumat atau memori lama yang diperlukan. Oleh itu, kanak-kanak yang ingin menduduki peperiksaan digalakkan mengambil buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan kerap. Seorang doktor di Poland mendakwa tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin apabila mengalai serangan penyakit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka. Ini kerana perbuatan itu boleh mengepam darah pada seluruh badan dan otak pada saat-saat genting sementara menunggu ketibaan ambulan. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membolehkan pesakit terus berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan. |