Gila Kacang

Posted by admin

Anda gila makan kacang?  Tak mengapa.  Jadilah penggemar makanan dari sumber kekacang.  Ini kerana kekacang sebenarnya baik untuk kesihatan.  Jika anda makan sekurang-kurangnya segenggam kacang setiap hari, ianya boleh membantu mengurangkan kadar kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.

Namun, pastikan kekacang yang anda pilih bukanlah yang digoreng dengan minyak yang berlebihan dan juga tidak mengandungi garam.

Khasiat Bawang Putih

Posted by admin

Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim.  Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser.  Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.

Jus Bayam Tinggi Khasiat

Posted by admin

Kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.  Bayam yang dikenali sebagai “Spinacia Oleracea” bernilai tinggi dalam perubatan.  Bayam yang dijadikan sebagai just mengandungi kandungan zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia.  Caranya ialah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air.  Kemudian, jus bayam diminum sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Menghilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang

Posted by admin

Bagi anda yang gemar memakan kerang, ada petua untuk membersihkannya.  Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sampai hancur.  Rendam dengan air sama cukup dengan kerang tadi.  Gaul dengan tangan.  Biarkan selama 10 minit dan toskan.  Anda akan mendapati kulit kerang akan lebih bersih.

Percepatkan Pembakaran Lemak

Posted by admin

Minuman teh hijau sudah menjadi minuman kegemaran para pengamal diet.  Kajian menunjukkan bahawa dengan 5 cawan teh hijau sehari, metabolisme akan meningkat sehingga 5 peratus.  Sebatian yang terdapat di dalam teh dapat mempercepatkan pembakaran lemak.  Bagaimanapun, elakkan minuman ini di waktu malam.  Ini kerana ia masih mengandungi kafein walaupun tidak sebanyak kopi.