Bantu Stimulasi Daya Memori

Posted by admin

Tahukan anda bahawa buah-buahan seumpama bahan bakar bagi otak?  Pengambilan buah-buahan yang kerap ternyata dapat memberikan impak positif kepada otak anda.

Ini kerana setiap buah-buahan mengandungi lebih dari satu jenis vitamin yang baik untuk membantu mempertingkatkan kecerdasan otak.  Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali maklumat atau memori lama yang diperlukan.  Oleh itu, kanak-kanak yang ingin menduduki peperiksaan digalakkan mengambil buah-buahan dalam jumlah yang banyak dan kerap.

Batuk Boleh Selamatkan Pesakit Jantung

Posted by admin

Seorang doktor di Poland mendakwa tindakan pesakit jantung melepaskan batuk sekuat mungkin apabila mengalai serangan penyakit itu boleh menyelamatkan nyawa mereka.  Ini kerana perbuatan itu boleh mengepam darah pada seluruh badan dan otak pada saat-saat genting sementara menunggu ketibaan ambulan.  Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh tertentu membolehkan pesakit terus berada di dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

Vitamin B6 Untuk Gejala PMS

Posted by admin

Gejala pra-menapaus adalah perubahan emosi yang besar dalam hidup.  Marah, sensitif, murung dan gembira berlaku dalam satu masa.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford, ia boleh diatasi dengan mengambil 50mg vitamin B6 setiap hari.  Vitamin B6 ada dalam roti tinggi fiber, pisang dan kekacang.

Kelebihan Ikan Kod

Posted by admin

Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati.  Apa yang menarik, selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori).

Ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda.  Kajian di Amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung.  Ikan kod kaya dengan kandungan asid omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar homocysteine dalam tubuh berada pada tahap rendah.  Ini penting kerana jika kadar homocysteine dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung.

Batu Karang Kerap Menyerang Wanita

Posted by admin

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih 40 tahun.  Faktor diabetes, masalah tiroid dan jangkitan parasit juga memainkan peranan.

Tanda-tanda batu karang ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembung, loya dan muntah.  Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu.  Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.