Legakan Stres Anda Dengan Teh Chamomile

datePosted on 09:46, May 2nd, 2008 by admin

Teh dikatakan mengandungi kafein yang boleh memberi kesan ketegangan kepada tubuh. Namun, tidak semua teh mempunyai tindakbalas yang serupa.

Teh chamomile memberi kesan yang berbeza dengan teh-teh yang lain. Teh chamomile mampu melegakan otot dan juga meredakan stres. Ini adalah kerana zat-zat yang terkandung didalamnya boleh memberi rasa tenang kepada peminumnya. Di samping itu, bahan antiseptik yang terkandung di dalam teh chamomile sememangnya baik untuk tubuh badan kita. Kelopak bunga chamomile juga mengandungi khasiatnya yang tersendiri.

Sekiranya anda berasa stres, minumlah 2 atau 3 cawan sehari.

Selamat mencuba!

Hilangkan Kedut Dengan Masker Pisang

datePosted on 09:35, May 2nd, 2008 by admin

Pisang adalah antara buah-buahan tempatan yang mudah didapati. Ianya tidak bermusim malahan harganya yang lebih murah daripada buah-buahan yang lain menjadikan pisang buah tempatan yang paling digemari. Tahukan anda bahawa pisang begitu kaya dengan potassium? Pisang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ianya juga boleh membantu mengurang dan mencegah timbulnya kedutan di wajah akibat penuaan. Bagaimana? Begini caranya.

Hancurkan sebiji buah pisang sehingga ianya lembut dan meyerupai krim. Cara mudah untuk proses ini adalah menggunakan pengisar(blender). Setelah itu, sapukan wajah anda dengan krim pisang berkenaan. Pastikan anda menyapunya secara serata di bahagian wajah dan juga leher. Biarkan selama 10 - 15 minit. Bilas wajah anda dengan air suam dan kemudian bilas sekali lagi dengan air biasa.

Masker pisang ini elok dilakukan seminggu sekali dan anda akan merasai perbezaannya. Cubalah anti-kedut masker pisang ini. Natural dan bebas dari bahan kimia.

Selamat mencuba!

Cara Mudah Menanggalkan Kulit Telur

datePosted on 07:43, May 2nd, 2008 by admin

Tidak semua kulit telur yang direbus dapat ditanggalkan kulitnya dengan cantik. Jika dicuba juga, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda mahukan telur berkenaan cantik dan tidak tertanggal isinya, anda boleh mencuba petua ini.

Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur sepreti biasa. Hasilnya, kulit telur amat mudah ditanggalkan.

Selamat mencuba!