Jus Jambu Batu

datePosted on 20:20, May 1st, 2008 by admin

Bahan-bahan
750g jambu batu yang telah dibuang biji dan dipotong dadu
25ml air perahan lemon
150g gula pasir
250ml air
100g air batu

Cara membuatnya
Kisar kesemuanya hingga halus. Kemudian, tuangkan ke dalam gelas. Enakkan lagi dengan hirisan kelapa laut.

Info Kesihatan
Sebaiknya amalkan meminum jus jambu batu setiap hari terutamanya ketika bersarapan. Ini adalah jambu batu mempunyai nilai zat yang tinggi dan baik untuk badan. Jambu batu mengandungi “anti-microbial”, pelembap dan anti bau. Bahan-bahan aktif ini amat berguna kepada kulit wajah dan tinggi nilainya dalam produk kosmetik berasaskan tumbuhan semulajadi.

Cegah Katarak

datePosted on 17:17, May 1st, 2008 by admin

Apa itu katarak? Katarak adalah salah satu penyakit mata yang boleh menyebabkan kerosakan lensa mata seterusnya menjadi punca masalah penglihatan yang serius di mana 70 peratus mereka yang berusia 85 tahun memiliki katarak yang serius sehingga ke tahap mengganggu penglihatan. Dan menurut perangkaan, kaum wanita lebih ramai mengalami masalah ini berbanding lelaki.

Bagaimana untuk mencegah katarak? Bukti makmal menunjukkan bahawa memakan sayuran hijau dapat membantu mencegah katarak mata kerana pengaruh antioksida yang terdapat pada sayur berkenaan.

Antioksida yang banyak ditemui pada sayuran hijau seperti bayam, sawi, kangkung dan lain-lain dapat melindungi sel mata dari cahaya ultra violet yang menjadi punca utama terjadinya katarak.

Pengesahan ini dilakukan oleh peneliti dari Amerika yang menemukan antioksida lutien dan zeaxanthin hampir 10 kali lebih mujarab berbanding vitamin E dalam melindungi sel mata dari kerosakan yang disebabkan oleh ultra violet ungu.

Hilangkan Tanda-tanda Penuaan Pada Tangan

datePosted on 15:17, May 1st, 2008 by admin

Tangan adalah anggota tubuh yang sangat mudah untuk dijaga dan dirawat. Tangan yang tidak diberi perhatian dan penjagaan akan kelihatan 10 tahun lebih tua dibandingkan dengan usia pemilik tangan berkenaan. Petua ini dapat membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan pada tangan sekiranya diamalkan setiap hari. Ianya bukan sahaja mudah malah tidak memerlukan kos yang tinggi.

Hiris sebiji limau nipis dan simpan di dalam bekas hampagas di peti sejuk. Ambil bila hendak digunakan dan oles pada tangan. Biarkan seketika sebelum anda membasuh tangan. Cara ini juga boleh membantu menghaluskan tangan anda.

Selamat mencuba!