Pemakanan Betul Boleh Atasi Masalah Jantung

Posted by admin

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia masa kini.  Akan tetapi, penyakit ini boleh dicegah sekiranya mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok, pengambil pemakanan seimbang serta sentiasa bersenam.

Selain aktiviti bersenam, pemeriksaan tekanan darah serta mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol dapat mengurangkan risiko penyakit ini.  Ianya juga merupakan salah satu cara untuk mereka menghindar daripada mengalami lumpuh atau penyakit lain yang berkaitan dengan jantung.  Selain itu, pemakanan seimbang juga boleh membantu mencegah penyakit kencing manis.  Kencing manis adalah keadaan gula di dalam darah melebihi paras normal.  Perkara ini akan menyebabkan masalah dan kerosakan kepada saraf saluran darah kecil yang pada jangka waktu lamanya akan menyebabkan kerosakan tertentu seperti buah pinggang, mata dan jantung.

Tanda-tanda kencing manis ialah kerap kencing, letih, kerap dahaga, berat badan menurun secara mendadak, kuat makan, gangguan penglihatan dan luka yang lambat sembuh.

Leave a Reply