Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 1

Posted by admin

Pengetahuan mengenai penyakit kelamin penting bagi ibu-ibu hamil. Ini kerana setiap penyakit sekiranya cepat diketahui, maka lebih cepat dapat diubati.

  • Trepanomatosis (Sifilis)

Kuman Trepanomatosis biasanya disebut sifilis. Penyakit sifilis tidak akan menyebabkan seseorang wanita sukar untuk mengandung. Kebiasaannya wanita yang mengidap sifilis tidak mengalami apa-apa gejala namun ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Sekiranya jangkitan serius, ia sering menyebabkan keguguran bayi. Bayi yang lahir dari ibu yang mengidap sifilis akan turut mengidap penyakit yang sama. Kerana itulah, pemeriksaan darah ibu mengandung akan turut disertakan dengan ujian saringan VDRL yang bertujuan mengesan kuman sifilis.

Rawatan

Ubat jenis penicillinsecara suntikan akan diberikan. Selain itu, ahli keluarga akan diperiksa untuk mengesan jangkitan dan turut diberi rawatan. Sekiranya ibu hamil mendapat rawatan, jangkitan penyakit ini tidak akan berlaku pada bayi.

  • Gonohorea

Gonohorea biasanya menyerang pundi kencing dan rahim. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan deman yang panjang. Simptom biasanya berupa sakit semasa kencing, sakit ari-ari dan “vigal discharge” (lelehan murkosa dari vagina).

Jika ia menyerang hati, ia akan meneyababkan sakit di kawasan perut sebelah kanan dan jika ianya menyerang tulang, ia akan menyebabkan lenguh tulang.

Rawatan

Rawatan dimulakan dengan ujian mengesan kuman dengan mengambil sampel kencing dan juga sampel lelehan dari vagina. Selepas itu, suntikan penicillin diberikan.

  • Herpes Genital

Ia menyerang vulva dan memberi kesan bengkak dan kutil pada vulva. Cara kelahiran terbaik sekiranya si ibu dijangkiti dengan penyakit ini adalah caesarean bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Herpes genital biasanya menjangkiti lelaki dan dipindahkan semasa hubungan seks.

  • Hepatitis B

Penyakit ini amatlah digeruni oleh ibu-ibu yang hamil. Ini kerana ianya boleh menyebabkan kamel hati. Namun ianya boleh dicegah melalui suntikan vaksin hepatitis.

11 Responses to “Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 1”

  1. Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil - Bhgn 2 | Laman Tips Dan Petua Says:

    [...] Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 2 Posted in May 13th, 2008 by admin in Ibu Mengandung Pos ini adalah sambungan kepada Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 1. [...]

  2. eira Says:

    saya sekarang tngah hamil 2 bulan..
    tp kenapa keluar sikit2 darah dan menjadi warna coklat??
    boleh bantu saya x?

  3. iee Says:

    slm… saya nk tanye skit. sya dapati ada ulser di kemaluan sya.. adakah itu sifilis atau jangkitan kuman?

  4. arin Says:

    saya sedand hamil 7 bln dn disahkn mghidap siflis peringkat pertama. bagaimana sy dpt memastikan kandungan tidak dijangkiti??

  5. arin Says:

    saya sedang hamil 7 bln dn disahkn mghidap siflis peringkat pertama. bagaimana sy dpt memastikan kandungan tidak dijangkiti??

  6. ros Says:

    sy selalu rase gatal dan miang pd vagina sy..kadang2 tak tahan sgt sy letak minyak angin..dan keputihan sy bnyak n berbau..cm ne ye..?buntu sgt dh ni..nk g klinik malu dh..

  7. chua sin ying Says:

    sy skg mengadung 7 dan telah mgatakn bhwa saya ada penyakkit VDRL1:2..skg ni apa yg hrs sy lakukn?

  8. Tipah Says:

    isteri saya mengandung 2bulan. keputusan pemeriksaan darah mendapati ada jangkitan VDRL,bagaimana cara utk mengatasinya? Saya menjadi runsing..

  9. siti Says:

    sekarang saya hamil 2 bualn, masalah sekarang, cecair koko keluar sedikit setiap hari,,
    apa yang sebenarnya berlaku?
    dan apa harus saya laku kan?

  10. Norfaizah Says:

    As’kum..nak tanye,mase sy pregnent dulu,sy dikesan ade vdrl 1:16..pastu sy repeat byk kali,lame2 dah turun jd 1:4 dan doktor cakap TPHA jd negatif..ank yg dikandung sy mase dah lahir ade vdrl 1:2..cek lg pastu result dia jd non reactive..adekah sy dan anak sy ade penyakit yg teruk atau tak?anak sy ok atau ade penyakit?

  11. siti Says:

    salam saya ada pertanyaan? suami saya dikatakan menghidap siflis tapi tidak ada tanda-tanda siflis, cuma tahu dari result darah? masalah nya saya hamil 6 bulan adakah saya akan menghidap penyakit yang sama? Dan adakah penyakit suami saya(siflis) itu boleh diubati? Terima Kasih..

Leave a Reply