Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil

Posted by admin

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil. Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang
utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang laing baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.

One Response to “Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil”

  1. fariza Says:

    salam,

    saja nak tanya soalan sikit nak tambah pengetahuan

    merujuk kepada:

    Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang laing baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.

    kenapa posisi yang terbaik ialah mengiring sebelah kiri sedangkan dalam islam, rasulullah saw menganjurkan kita tidur mengiring ke kanan. berdasarkan satu ceramah dari dr fadzillah kamsah yg saya pernah hadiri, kita tidak digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri kerana jantung akan terhimpit kerana jantung berada di peparu belah kiri.

    jadi saya cuma nak tahu, kenapa posisi yang terbaik ialah mengiring sebelah kiri?

    wallahu’alam

Leave a Reply