Rawatan Untuk Kedutan di Mata

Posted by admin

Kawasan yang lembut di sekitar mata mengandungi kelenjar minyak yang sedikit berbanding muka yang lain. Dengan kelembapan yang kurang, garis yang timbul kerana senyuman, ketawa dan mengenyit mata akan lebih ketara. Terdapat pelbagai rawatan baik biasa maupun saintifik bagi mengatasi masalah ini. Terpulanglah kepada anda untuk memilih cara yang bersesuaian dengan anda.

Kaedah moden/rawatan saintifik

Botox atau digabungkan dengan ELOS iaitu teknologi penyegaran kulit

Bagaimana ia dilakukan
Botox disuntik di bahagian hujung luar mata untuk merelakskan otot yang digunakan ketika senyum dan mengenyit mata. Botox yang disuntik bersama ELOS (menggunakan cahaya dan frekuensi radio) merangsang penghasilan kolagen.

Pro
Botox akan melembutkan kedutan dalam beberapa hari dan menghalang timbulnya garis baru dalam jangka masa panjang jika anda mendapatkan suntikan secara kerap (biasanya kesan botox akan hilang dalam 4 hingga 6 bulan). Gabungan rawatan botox dan ELOS lebih berkesan 25 hingga 30 peratus berbanding suntikan botox semata-mata.

Kontra
Suntikan akan menyebabkan kesan lebam. Botox yang disuntik di pipi boleh menyebabkan bibir terjuih. Memandangkan anda sentiasa tersenyum, kesan botox tidak tahan lama berbanding suntikan di kening. Gabungan botox dan ELOS memerlukan pakar dermatologi dan kos rawatannya juga tinggi.

Kaedah rawatan biasa

Produk perawatan yang mengandungi peptides dan/atau hyaluronic acid adalah cecair yang lembut untuk mengatasi masaah kedutan di sekitar mata.

Bagaimana ia dilakukan
Peptides merupakan rangkaian asid amino yang terbukti merangsang fibroblas iaitu sel penghasil kolagen, untuk membuat lebih banyak kolagen. Manakala hyaluronic acid pula wujud secara semulajadi di dalam sel, menganjalkan kulit dengan memegang air, tetapi ia menghilang seiring peningkatan usia.

Pro
Sapuan hyaluronic acid yang bersesuaian boleh memperbaiki penampilan wajah. Peptides pula membantu mengurangkan kedalaman garis dalam jangka masa panjang.

Kontra
Memandangkan peptides adalah molekul yang besar, tidak dapat dipastikan kadar serapannya. Sekiranya anda menyapu hyaluronic acid ke permukaan kulit, ia akan memberikan kesan sementara sahaja. Tetapi sekurang-kurangnya bahagian mata akan bebas kedutan untuk beberapa jam.

One Response to “Rawatan Untuk Kedutan di Mata”

  1. papa Says:

    good afternoon:

    i dah buat i treatment suntikan botox sebanyak 3 suntikan kedua-dua belah mata dikendalikan oleh Dr.Engku Sharin di City Square, Johore…

    soalan saya:

    1.selepas 4 bulan adakah terdapat kesan sampingan terhadap perbuatan botox ini. jika ada nyatakan.

    2.Sekiranya saya tidak melakukan suntikan selepas 4 bulan,adakah ia akan kekal seperti sediakala?

    3.ada ke apa kesan jika tidak melakukannya lagi. Sebab saya tidak mahu melakukan suntikan itu lagi.

    harap dapat makluman segera.

Leave a Reply