Redakan Kepanasan Ketika Hamil

Posted by admin

Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.

Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.

  • Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
  • Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
  • Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
  • Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.

9 Responses to “Redakan Kepanasan Ketika Hamil”

  1. mohamad Says:

    saye nak tanye..pasal gatal2 perut ketika mengandung..mcm mana nak kurangkan rasa gatal ye? pasal isteri saya slalu tak tahan sebab gatal2 kat perut..kesian tgk dia..

  2. Nanie Says:

    Sya mengandung 5 bulan,apa kah yg patut sya lakukan untuk mengurangkan kepanasan dan sakit bawah perut?

  3. rafidah Says:

    Petua yang bagus dan patut dijadikan panduan oleh ibu hamil dan pasangan.

  4. Rosnanie Says:

    Saya nak tanya usia kandungan sy dah hampir 3bulan tetapi apa yang merisaukan sy adalah, perut sy tidak membesar pun tetapi sy selalu lapar sahaja..

  5. nora Says:

    saya mengandung anak ke-dua dalam 15 minggu, soalan saya…saya sering sakit di sekeliling daerah pusat saya? Adakah ini normal atau tidak normal?

  6. izah Says:

    sy m’gandung ank pertama,skrg dh msk 3bln.semenjak mgndg belakang sy slalu skt blh dktkan stp ari & angin dlm bdn m’btkan sy x dpt nk tdo lena.mcmn nk selesaikan mslh ni?tlg ye.

  7. abbyrahaman Says:

    salam.. saya da mengandung 2bulan lebih.. saya memang xlalu makan ape2 pun.. ermmm,ada ape2 vit x yg saya boleh makan untuk menambahkan selera makan saya? saya jugak sering mual2 n pening kepala tambahlgi badan saya selalu terasa lenguh n sakit2.. di minta jawab semua pertanyaan saya.. terima kasih.. salam

  8. julie Says:

    hamil kali kedua saya ni, saya menagalami urat timbul di bhg kaki dan di bawah punggung dekat dgn kemaluan menyebabkan saya sering sakit bila menyangkung dan kadang2 ketika berjalan.apa yang perlu saya buat dan kenapa keadaan ini berlaku?

  9. NOR Says:

    assalamualaikum..sy bru saja msuk 2bln ank prtama..sy slluu rs skit pinggang dan rs kebas kt kaki..adakh ini memg mula2 time mngndung kh?slian itu sy sering skit kpala..di mnta jwpn soaln sy ini…wslm..

Leave a Reply