Regangan Lancarkan Nutrisi
Posted by adminRegangan dan aktiviti memanaskan badan penting sebelum melakukan sebarang senaman. Kebanyakan daripada kita mengabaikan aktiviti ini kerana beranggapan ianya tidak penting.
Tahukan anda bahawa regangan mampu membuatkan tubuh kita lebih lentur. Dan yang paling hebat, regangan dapat meningkatkan pembekalan darah dan nutrisi lain ke sendi-sendi tubuh badan. Ini seterusnya akan meningkatkan suhu badan dan membuatkan otot mudah lentur dengan baik di samping dapat menghalang berlakunya sebarang kecederaan. Regangan yang baik juga akan dapat meningkatkan cairan “synovial” pada sendi.
Jadi, pastikan anda melakukan aktiviti sebelum melakukan apa-apa senaman selepas ini.

