Sehari Sebiji Epal

Posted by admin

Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum.  Malahan, jusnya juga amat digemari.  Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan.  Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.

Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.  Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

10 Responses to “Sehari Sebiji Epal”

  1. SALIHA Says:

    saya nak tahu,sekarang saya pregnant nak masuk 2 bln..memg loya,cepaT LETIH..n paling aya tak boleh control bila rasa bau yang kurang sedap yang membuatkan saya loya,mual.cara efektif yg saya lakukan saya akan makan epal hijau.hampir setiap pg saya mkn untuk elak dari loya.bguske untuk ibu mengandung???thnxxx.lgipun tekak saya boleh menerima kehadiran epal hijau nie…

  2. aieda Says:

    sepupu sy dlm pantang tiap2 hari mnum air epal hijau dlm 44 ari berpantang beart badan die turun tau..die mnum pg segelas mlm segelas..sy pn tkejut tgok bdn die..dh slim

  3. hjh maznah Says:

    oooo..yeker?…. tak sangka… nak cuba ahr….

  4. diana Says:

    woww….mcm ok jer epal hijau nie..
    nk cuba lah lps nie..

  5. chempaka aurora Says:

    Bagus tips ni. Tu la risau anak suka makan fast food. Sekarang dah tau cara nak balancekan nutrien mknan utk dia.

  6. ema Says:

    epal bagus.tiap2 hari sy bg ank makan epal.jaga kesihatan

  7. nisma Says:

    saya sekarang pregnant anak yg ketiga. tiap2 kali mengandung mesti morning sickness yang amat teruk.mcm2petua dah cuba, tapi x menjadi. tapi bab try epal hijau, saya x pernah cuba. lepas ni saya nak try..kot2 hilang loya saya ni…

  8. mazni Says:

    saya mengandung anak kedua nak masuk 2 bulan . dari awal kandungan sehinggalah sekarang saya memang gemar makan epal merah. Sehari lebih kurang 3 biji. Saya ada diabetik. saya nak tahu, adakah keadaan ini sihat atau baik untuk kandungan saya ataupun sebaliknya?

  9. dD Says:

    yela..nak tau jugak.takpe ke pregnant mum makan epal hijau?ada orang cakap xbagus sebab mempunyai asid.saya xpercaya tapi nak tau jugak,betul ke?

  10. ayu Says:

    hurm,,sure ke nie..saya skrg dh pregnant masuk 6 bulan..baru2 nie..saya terdengar ada org ckp epal hijau bgus untk kulit anak…yekew??

Leave a Reply