Senaman Adalah Cara Terbaik Atasi Masalah Darah Tinggi

Posted by admin

Senaman adalah cara terbaik untuk menguruskan tekanan darah yang tidak terkawal.  Kajian telah membuktikan bahawa senaman aerobik yang berterusan mampu menurunkan tekanan daraha.  Jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan dulu nasihat dari doktor sebelum memulakannya.  Ini kerana doktor akan menasihatkan aktiviti yang sesuai bergantung kepada tahap kesihatan diri anda.

Berjalan kaki juga adalah senaman yang terbaik.  Selain mudah, anda juga boleh menentukan tahap yang anda ingini.  Sebagai permulaan, sasarkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.  Tingkatkan masa ini apabila anda sudah membiasakan diri.  Elakkan senaman yang memerlukan anda menegangkan otot.  Antaranya ialah aktiviti menolak tubuh ke dinding, side crunches dan sebagainya.

Senaman begini akan menyebabkan tekanan darah boleh meningkat ke paras bahaya.  Orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi juga dilarang melakukan senaman angkat berat.

One Response to “Senaman Adalah Cara Terbaik Atasi Masalah Darah Tinggi”

  1. dance Says:

    senaman aerobik memang baik untuk kesihatan

Leave a Reply