Sihat Secara Semulajadi
Posted by adminAlunan muzik boleh meredakan tekanan
Irama muzik yang santai dan mendamaikan jiwa dikatakan mampu menenangkan jiwa dan minda yang keletihan. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa mendengar muzik mampu membantu menurunkan kadar rembesan hormon cartisol dan mempertingkatkan pengeluaran endorfin tubuh yang berfungsi mengurangkan rasa tekanan dan kesakitan yang dialami tubuh. Ia juga membantu mengurangkan rasa gementar atau kebimbangan.
Dapatkan sekurang-kurangnya 30 minit sinaran matahari
Ini adalah kerana ianya boleh membantu anda tidur malam yang lebih lena. Pengeluaran hormon oleh otak biasanya diransang oleh cahaya matahari. Kitaran semulajadi antara cahaya siang dan gelap malam akan membantu kitaran hormon pada tahap yang betul. Tubuh yang tidak terdedah pada cahaya matahari akan sentiasa lemah biarpun mendapat tidur malam yang cukup.
Amalkan diet yang kaya dengan serotonin
Pengambilan makanan seperti ayam, telur, ikan, pisang dan kekacang baik untuk kesihatan tubuh kerana ianya kaya dengan serotonin. Makan yang berkarbohidrat mampu menstimulasikan penghasilan serotonin NAMUN jauhi makanan yang terlalu bergula seperti minuman berkarbonat dan juga kek.

