19Jun
Sup Ayam Atasi Selsema
Posted by adminJika anda sedang berdiet, mungkin sup adalah salah satu menu yang menarik perhatian anda. Adakah anda tahu bahawa para peneliti membuktikan bahawa sup ayam mempunyai kandungan zat-zat anti peradangan yang mampu meredakan peradangan akibat selsema.
Selain itu, sup ayam yang mengandungi sayur-sayuran adalah lebih baik dan bermanfaat bagi kita. Jadi bila kita diserang selsema, jangan terburu-buru untuk mengambil ubat-ubatan. Semangkuk sup ayam panas tentu lebih menyihatkan dan mungkin lebih berkesan.

