Sup Tomato

Posted by admin

Bahan-Bahan
200gm tomato segar
50gm daun basil
30ml minyak zaitun
50gm bawang merah yang dicincang
50gm bawang putih yang dicincang
50gm stok ayam
sedikit perasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus tomato dengan air panas sehingga lembut, kemudian dicincang sehingga menjadi halus.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun basil.
  3. Masukkan tomtao yang telah dicincang tadi dan tumis selama 5 minit.
  4. Kisar bahan yang telah ditumis tadi sehingga menjadi halus.
  5. Tambah stok ayam dan masukkan perasa.

Info Kesihatan
Cara terbaik untuk menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato kerana ia dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut.  Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan juga mengawal tekanan darah supaya stabil.

Leave a Reply