Tips Pewangi Badan Tahan Lama

Posted by admin

Bagi mengekalkan wangian badan kekal untuk jangka masa yang panjang,  langkah-langkah yang berikut boleh membantu anda menyesuaikan kesegaran wangian walaupun dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

  • Semburkan pada bahagian leher dalam kuantiti yang sederhana.  Semburkan sedikit di bahagian belakang telinga dan ratakannya menggunakan jari.
  • Semburkan juga di bahagian siku, pergelangan tangan dan juga di belakang lutut bagi menambah wangian tubuh anda.
  • Elakkan daripada menggosok wangian di kedua pergelangan tangan.  Gosokkan itu sebenarnya menghilangkan aroma wangian di bahagian pergelangan tangan anda.
  • Anda digalakkan menggunakan jenis wangian sama dalam pelbagai produk seperti sabun mandi, losyen badan dan deodoran bagi menambah aroma wangian yang dipakai.

Leave a Reply