06May
Turunkan Berat Badan Dengan Buah-buahan
Posted by adminJika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan tanpa menggunakan ubat-ubatan moden, maka pengambilan buah-buahan yang banyak adalah sesuatu yang tepat. Ini adalah kerana buah-buahan mengandungi kalori dan lemak yang rendah. Di samping itu, buah-buahan juga kaya serat, vitamin dan mineral. Berikut adalah tip-tip yang boleh anda jadikan panduan.
- Makan buah sebanyak 5 hingga 9 potong sehari.
- Memakan buah-buahan sebelum pengambilan nasi dapat mengurangkan nafsu makan.
- Seeloknya, buah-buahan yang dimakan hendaklah dalam bentuk asal dan mentah. Ini adalah bagi mengekalkan zat asli yang terdapat di dalamnya. Pengambilan buah-buahan dalam bentuk jus juga baik.
- Tidak semua buah-buahan mengandungi kadar lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan buah-buahan seperti aprikot, zaitun dan kelapa kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
- Makan epal dan jambu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Buah jambu sememangnya kaya dengan Vitamin C. Di samping itu, ianya juga mudah didapati.
- Imbangi pengambilan buah dengan air putih iaitu minimum 2 liter sehari.



May 8th, 2008 at 4:07 pm
selain dr jga ksihatan, buah2an pun baik tuk kulit kita…………
May 8th, 2008 at 4:17 pm
betul tu. Cuma kadangkala kita ni ambik mudah benda-benda macam ini. Termasuklah saya
May 17th, 2008 at 3:30 pm
Betul Tu.. Saya makan buah lima kali seminggu.. betik pun bagus.
May 17th, 2008 at 4:06 pm
Sebenarnya, buah tempatan kita ni khasiatnya byk. Especially kalau kita ni health conscious. Harga buah pun murah
kalau nak dibandingkan dengan buah import.
July 10th, 2008 at 9:17 am
buah apa yg sesuai di makan setiap hari?
August 5th, 2008 at 8:42 pm
Ya,betul tu…saya makan buah durian & langsat 2 kali seminggu.sapotlah buah-buahan tempatan…:D
September 2nd, 2008 at 1:32 pm
orang kata epal hijau ada potensi untuk turunkan berat badan.tp kalau org perut buncit mcm mn pulak petuanya ya!!!
June 27th, 2009 at 11:17 am
saya selalu amalkan makan sebiji epal pada waktu pagi dan lepas tu tak payah makan nasi lemak lagi sbb dah kenyang
October 6th, 2009 at 1:18 pm
saya setuju sangat dengan tips tu.. wah lepas ni, bolehlah kita berdiet dengan cara sehat.. Badan cantik dan sehat selalu.. heheee.. moga teman-teman semua berjaya k… Ganbatekudasai ne!!! hait.. arigato…..