Yogurt Baik Untuk Wanita Lepas Bersalin

Posted by admin

Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.  Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

Dan seterusnya …

Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan.

3 Responses to “Yogurt Baik Untuk Wanita Lepas Bersalin”

  1. nana Says:

    bolehkah kita mkn yogurt dengan kerap pada setiap hari?? contohnya saya selalu menikmati yogurt nestle 2x sehari. adakah ianya akan mendatangkan sebarang kemudaratan?? saya menghidap penyakit gastrik semenjak berumur 15 tahun (sekarang 28 tahun)

  2. admin Says:

    Berdasarkan pembacaan saya, tidak salah kalau nak makan yogurt dengan kerap. Tapi, jangan lupa pastikan total kalori yang diambil semasa memakan yogurt ini tidak melebihi total pengambilan kolari harian.

    Sebaiknya, pilihlah yogurt yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang rendah.

  3. Sharon Says:

    betul tu. dari pengalaman saya, selepas bersalin saya susah betul nak buang air besar. tapi setelah mengamalkan memakan yogurt, saya dah takde masalah buang air besar.

Leave a Reply